Kemaskini Status Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama
Umum sedia maklum yang Twitter dan Facebook merupakan dua rangkaian sosial yang paling popular sekarang ni. Bagi setiap pengguna twitter, mereka boleh la mengemaskini status terbaru mereka terus di facebook dengan menggunakan aplikasi twitter yang ada di facebook tanpa mendaftar masuk akaun facebook mereka. Setiap tweet atau mesej yang di tulis akan terus di paparkan ke paparan status terkini di facebook. Tambahan pula dengan perkhidmatan gladlyCast dan Celcom via Twitter, semuanya mudah dengan hanya satu sms. Jadi mudah bagi sesetengah orang untuk mengemaskini status mereka dimana jua mereka berada tak kira waktu.
Tapi satu kelemahan sistem twitter melalui facebook ini ialah setiap kali ReTweet(RT) atau tweet perkara yang remeh temeh akan terus ke paparan status facebook korang. Ini kerana setiap tweet yang tidak bermula dengan simbol @ akan terus ke paparan status facebook korang (melainkan DM). Jadi tidakkah korang rasa semak status facebook korang dengan keadaan macam ni.
Kini korang boleh membuat pilihan sama ada hendak bertwitter sahaja atau hendak bertwitter sambil mengemaskini status facebook anda dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di facebook iaitu Selective Tweet. Caranya mudah saja, tweet mesej korang seperti biasa jika hendak bertwitter dan jika hendak tweet korang terus ke paparan status facebook pastikan setiap ayat diakhiri dengan hashtag #fb. Contoh seperti gambar dibawah.
Sebelum korang menggunakan aplikasi ini, pastikan buang terlebih dahulu aplikasi twitter yang ada di facebook. Kalau tidak, ia tidak ada makna menggunakan Selective Tweet ni. Aplikasi ini juga boleh digunakan jika korang tweet menggunakan sms dan apa yang penting pastikan di akhir ayat di akhiri dengan #fb.
kredit kepada Roslan Nazri atas kongsian maklumat bersama.




January 13th, 2010 at 03:27
sekarang, kalau RT dah tak keluar pada status Facebook kalau tak silap. sebab hari tu ada sekali RT, tak keluar.
January 13th, 2010 at 03:30
yup kalu guna aplikasi selective tweet, RT dah x keluar kt status fesbuk
January 13th, 2010 at 15:37
nice! baru jer nak simpan dalam draft..ko da update..takpe2..nti wa pingback sini.. =)
January 13th, 2010 at 22:47
aku kalau update twitter, dia just jadi macam notes kat facebook. well. hurm.. nway. twitter tu aku buat sebagai RSS gabungan 2 blog aku. huhu.. taknak campur sangat dengan update status facebook yg selalunya untuk peribadi. huhu.. btw. nice info
January 14th, 2010 at 01:38
aku xtau nape, smpai skrg hati aku still xterbukak lg utk seyes dgn FB..huhu
January 15th, 2010 at 01:03
wah, ada cara baru rupanya.. tp tetap selesa dgn cara yg lama
January 15th, 2010 at 02:47
Mekasih bro.. aku bab-bab camni lambat sikit.. nasib baik ramai kengkawan yg cepat sikit jd boleh la aku dpt info ni.. hi
January 15th, 2010 at 05:49
nice tips..leh try pasni..hehe
January 15th, 2010 at 14:29
[...] rujukan lain berkenaan entri sebegini sila rujuk di kharilafzal dan [...]
January 15th, 2010 at 23:22
[...] This post was mentioned on Twitter by Roslan Nazri and KhairiL's, KhairiL's. KhairiL's said: Kemaskini Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama http://gengblogger.com/read/10719 [...]
January 16th, 2010 at 09:42
aku ade gak link twitter ngan FB nie…. update due serentak….sebab followers yang berbeza….
January 19th, 2010 at 18:30
xley lawan GC
hehee
skrg pon pakai GC
January 19th, 2010 at 21:02
lepas ni kat mana2 pun senang la nk tweet